PK IMM PUTM PUTRA

Kamis, 23 Februari 2012

1O Macam Kesalahan (atau dagelan) Konyol Orientalis Dalam Studi Hadist (Bag II)

Keempat: Salah rujukan pengarang kitab.

Ignaz Goldziher dalam bukunya History of Classical Arabic Literature, halaman 31[1] menerangkan bahawa di zaman pemerintah Dinasti Umayyah, tidak ada hadis-hadis yang menyentuh hukum-hukum Islam, tetapi hanya sekadar yang berkaitan dengan akhlak, zuhud, akhirat dan politik. Dari penemuan ini Goldziher cuba mengisyaratkan bahawa hadis-hadis hukum tidak wujud di kurun pertama Islam.

Akan tetapi sayang sekali rumusan di atas dibuat oleh Golziher berdasarkan bukuKitab az-Zuhud karangan Asad bin Musa yang hidup di zaman Dinasti Abasiyyah. Beliau lahir pada tahun 132H dan meninggal pada tahun 212H. Kita tidak menolak kebolehan merujuk kepada kitab-kitab yang dihasilkan selepas zaman subjek yang ditulis, tetapi apabila rujukan digunakan untuk membuat tuduhan dan kritikan, maka adalah amat tidak tepat lagi tidak adil untuk merujuk kepada hasil kajian yang ditulis selepas zaman subjek yang dikritik. Apatah lagi sedia diketahui bahawa antara para pendukung Umayyah dan Abasiyyah sedia wujud konflik politik dan keinginan merampas kuasa. Maka adalah tidak menghairankan apabila hasil karya penulis di zaman Abasiyyah mengenai zaman Umayyah tidak mengandungi sebarang kebaikan kecuali yang negatif dan buruk.

Arus sebegini adalah satu kebiasaan di kalangan rujukan-rujukan yang dipilih oleh kalangan sarjana orientalis. Mereka cenderung memilih rujukan daripada penulis yang sedia diketahui berkonflik dengan subjek yang ia tulis. Tidak diketahui sama ada tindakan ini disengajakan oleh mereka atau tidak, tetapi yang pasti ia sering berlaku. Antara contoh lain ialah merujuk hasil karya penulis Syiah di zaman Umayyah padahal sedia diketahui wujudnya beberapa konflik antara kaum Syiah dan sebahagian pemimpin Umayyah di ketika itu. Oleh itu pasti sahaja ia mengandungi pelbagai kritikan negatif terhadap pola pimpinan Umayyah – khususnya kegiatan ilmiah dan agama di ketika itu. Tidak dikatakan bahawa semua penulis Syiah bersikap demikian - bahkan mungkin segelintir sahaja - tetapi bukankah merupakan satu penyelewengan ilmiah untuk membuat kajian di zaman Umayyah tanpa merujuk kepada sumber-sumber penulisan Umayyah itu sendiri ?

Kelima: Menafikan kebenaran kitab.

Telah dinyatakan sebelum ini akan sikap sarjana-sarjana hadis orientalis yang cenderung memilih sumber rujukan dan kitab dari para penulis yang sedia berkonflik dengan subjek yang ditulisnya, maka berikut akan ditunjukkan pula sikap mereka yang menafikan kebenaran sesebuah kitab - apabila kitab tersebut menentang arus kajian mereka.

Juynboll dalam bukunya Muslim Tradition[1] telah menganalisa beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa sarjana terhadap manuskript-manuskript awal tulisan hadis, termasuk dari kalangan orientalis, lalu menulis:

Sezgin’s epochal work presents a new approach. Where Goldziher’s and Schacht’s findings amounted virtually to denying the ascription of the bulk of hadis literature to its alleged originators (the prophet, his Companions, or even later authorities) as authentic, Sezgin appears to be a great deal less sceptical. His main thesis that the writing down of hadis as well as other material started almost immediately after the death of the prophet and continued virtually uninterrupted during the first three centuries of Islamic history, and this on an increasing and ever more sophisticated scale, has raised little doubt as far as I know. And Azmi, in his study referred to above, arrived quite independently at more or less the same conclusion. But unearthing and cataloguing material, as Segzin has done, is something altogether different from establishing its authenticity.

By that I mean establishing whether the material ascribed to certain early authorities is in actual fact, theirs or whether it originated with later authorities who, for variety of reasons, wanted it to appear older and, therefore, projected it back artificially onto older and thus more awe-inspiring authorities. Apart from a few isolated cases in which Segzin questions the authenticity of certain texts, he presents the bulk of them as if he has no qualms as to their genuineness. Something which always struck me in work of Sezgin, Azmi, and also in that of Abbott – to which I shall turn in a moment – is that they do not seem do realize that, even if a manuscript or a papyrus is unearthed with an allegedly ancient text, this text could very easily have been forged by an authority who lived at a time later than supposedly older authority given in its isnad.

Fu’ad Sezgin, Nadia Abbott dan Mustafa Azami adalah 3 orang sarjana yang telah mengkaji dan menyelidik sejarah penulis hadis dari sumber-sumber manuskript dan palpa dan berjaya membuktikan bahawa penulisan hadis-hadis telah bermula sejak dari saat-saat awal kewafatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan ianya berterusan dan makin berkembang tanpa sebarang halangan atau perhentian. Akan tetapi Juynboll meragui hasil penemuan mereka atas alasan bahawa kononnya manuskript-manuskript dan palpa-palpa tersebut kemungkinan besar telah ditulis oleh pihak di masa terkemudian lalu disandarkan kepada zaman selepas kewafatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.

Kita berasa aneh bagaimana seorang sarjana seperti Juynboll boleh membuat kesimpulan yang sebegitu rendah nilainya. Kita mungkin dapat menerima dan membuka semula hasil kajian seandainya kesimpulan yang dikemukakan oleh Juynboll adalah hasil dari kajian dan penyelidikan semula beliau ke atas manuskript-manuskript dan palpa-palpa tersebut. Tetapi nampaknya Juynboll hanya membuat andaian - atau lebih tepat tuduhan - tanpa sebarang penyelidikan atau kajian. Jika Juynboll mahu kita menerima kesimpulannya tersebut, maka apakah yang menghalang kita dari membuat kesimpulan bahawa bukuMuslim Tradition tersebut asalnya adalah esei-esei sejarah Islam yang ditulis oleh beberapa orang penuntut tahun pertama sebuah kolej pengajian tinggi, lalu ia ditemui oleh Juynboll dan terus dihimpun, diedit, dibuku dan diterbitkan di bawah namanya sendiri ?

[1] Muslim Tradition: Studies in Chronology, Provenance and Authorship of Early Hadis, pg 4.

Keenam: Salah menterjemahan teks Arab.

Antara kelaziman para sarjana orientalis adalah keliru dan tersilap dalam menterjemah teks-teks Arab yang mereka rujuk. Hal ini memang sukar dielakkan kerana teks Arab klasik adalah jauh berbeza dengan teks Arab masa kini. Oleh itu seseorang yang boleh membaca akhbar Arab masa kini tidak semestinya dapat membaca dan menguasai penuh kitab-kitab klasik yang dirujukinya. Malah kita juga dapati orang-orang Arab sendiri mendalami bidang bahasa Arab sehingga ke tahap ijazah atau kedoktoran sebelum dapat menguasai sepenuhnya kitab-kitab Arab klasik. Bernard G. Weiss, dalam pendahuluan bukunya yang berjudul The Search for God’s Law[1] telah menulis: It is the result of years of grappling with difficult Arabic text ......... How can one express in English the ideas of a medieval author who wrote in a very specialized kind of classical Arabic ? Obviously, the lexical repertoire available to me is vastly different from that employed by Amidi.

Justeru sememangnya adalah satu kelaziman berlakunya kesilapan dan kekeliruan terjemahan dan tafsiran teks Arab dalam hasil kajian orientalis terhadap sumber-sumber klasik Islam. Malah kadang-kadang kesilapan mereka adalah terhadap sesuatu perkataan yang amat mudah. Joseph Schacht umpamanya, tidak dapat membezakan antara perkataansunnah dengan sunat !

Ketika cuba membuktikan bahawa umat di kurun kedua hijrah telah melaksanakan hukum-hukum dan ibadah secara sendiri-sendiri tanpa merujuk kepada sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, Joseph Schacht telah menganalisa kata-kata Ali bin Abi Talib ini:

Solatlah sempena Hari ‘Aid (Hari Raya-P) di masjid 4 rakaat: dua rakaat sunat dan dua rakaat kerana tidak dilakukan di luar masjid [2]……. lalu terus dirumuskan bahawa mendirikan solat dua rakaat sempena Hari Raya adalah satu sunnah kebiasaan umat Islam di Iraq tanpa disandarkan kepada hadis atau riwayat Rasulullah.[3] Padahal yang dimaksudkan oleh Ali dalam kenyataan di atas adalah solat sunat dua rakaat sempena Hari Raya, sama ada Hari Raya Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil ‘Adha. Sunat di sini adalah salah satu dari hukum Islam yang lima: wajib, haram, sunat, makruh dan harus, dan ia bermaksud solat dua rakaat Hari Raya adalah tidak wajib hukumnya. Ia tidak bermaksud sunnah dalam ertikata percakapan dan perbuatan Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam atau sunnah dalam ertikata kebiasaan perbuatan sesebuah komuniti.

Tambahan dua rakaat yang dimaksudkan oleh Ali radiallahu-anhu ialah solat sunat mutlak yang biasa dikerjakan oleh para sahabat sejak zaman Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di masjid sebelum atau selepas mereka mendirikan solat sunat Hari Raya di padang. Di kalangan sahabat ada yang mengerjakan sebelum dan selepas, ada yang sebelum sahaja, ada yang selepas sahaja dan ada yang tidak langsung. Pelaksanaan solat ini adalah bebas mengikut kecenderungan masing-masing.[4]

Perkara kedua adalah – tidak perlu timbul sama ada perlaksanaan solat Hari Raya adalah berdasarkan hadis atau tidak, kerana ia sejak dari awal telah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam 2 kali setahun, dan setiapnya disertai ratusan umat lelaki dan perempuan, tua dan muda. Justeru ia adalah satu perkara yang sangat dikenali oleh semua lapisan umat sehingga ke hari ini. Hanya Schacht yang tidak mengetahuinya, lalu dia menuduh ia adalah satu kebiasaan komuniti Iraq sahaja !

Sengaja atau tidak sengaja, kesilapan di atas bersama kesimpulan hujah yang mengikutinya cukup untuk meragukan kita terhadap pelbagai lagi rumusan yang dikemukakan oleh Schacht dan mana-mana rakan seperjuangannya yang lain. Apatah lagi di dalam buku mereka masing-masing, teks Arab yang sebenar tidak dikemukakan, hanya terjemahan yang mereka lakukan sendiri dan kesimpulan dari hasil terjemahan tersebut.



[1] The Search of God’s Law: Islamic Jurisprudence in The Writings of Sayf al-Din al-Amidi, pg xix (bhg muqaddimah).

[2] Muhammad bin Idris as-Shafi’i – al-Umm, jld 7, ms 167.

[3] The Origins of Muhammadan Jurisprudence, pg 73.

[4] Lihat al-Umm, jld 1, ms 234 dan seterusnya, Bab Solat Sebelum Solat Hari Raya dan Sesudahnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar